Friday 16 March 2012

jumaat yang meced

bismillah.

well.for the 3rd time in this month,again,i'll express the so-called thoughts.inspired by my housemate to put this on my blog about something that we've did in this morning.some sort of discussions.some chit chat.yup.that serius one. *ok.stop writing english.kang nti lg byk grammar slh.

bangun bangun bihun goreng cekodok kopok leko teh panas dah siap.kami start makan sambil sembang sembang jumaat.then,tiba tiba kawan aku masuk cita pasai Khalid Ismath.for those yg x tahu who is he,try la google.from there,keluar la cerita cerita pasai syiah.pasai imam yg depa agung agungkan.for them,their imams tu maksum.x dak dosa.who said so?Rasulullah ja yg maksum.then,kitorang continue cerita pasai nabi yg ulum azmi tu.kitorang pun dh mcm confuse.semua nabi ka maksum?or just our prophet? then,reflect balik macam mana dulu Rasulullah x pernah doa kt Allah supaya turunkan azab utk umat Baginda.tapi nabi nabi yang lain ada yg doa kt Allah turunkan azab maybe sebab x tahan dengan perangai umat depa.macam mana kasut Rasulullah sampai berkocak dengan darah sebab waktu tu penduduk Mekah baling batu kt Baginda.

lepas tu rasanya tiba tiba dah masuk kes pasai hukum hudud kot.x igt la flow mcm mana.kami share share la apa yang kami faham pasai hudud ni.tapi aku rasa kesimpulannya,untuk hukum hudud dilaksanakan di negara kita amatlah baik.tapi,sebelum dilaksanakan hudud ni,perkara ni emerlukan perbincangan yang sangat dalam dan teliti dan panjang supaya hudud ni x dianggap satu hukum yang sangat kejam sama ada bagi orang bukan Muslim atau Muslim tu sendiri.sebab setiap hukuman dari Allah tu adalah yang terbaik.tiada sangkalan langsung.cuma hikmahnya manusia x nampak walaupun dah dibuktikan secara saintifiknya.

then,we proceed to the issues regarding politics in Malaysia.yup.some of us feel very sick of it.dikatakan politik itu kotor la.untuk org besar la.but for us,no! i never feel the same way.for I love politics.serius.dulu aku mnx course law.dan aku dpt.kt UIA lg kot.haha.tapi demi untuk fulfill permintaan family,aku amik medic.for me,ilmu itu boleh dicari :) we're sharing some thoughts about the law in Malaysia.actually,aku bukanlah org yang mengkaji sangat pun law kt Malaysia ni.tapi aku cuma tahu serba sikit dan personal opinion aku kata yang law kat Malaysia dah nampak sedikit improvement.mungkin orang yang faham akan tahu.kami sembang sembang psai isu Syria,kiamat,Putrajaya.PRU-13.Saiful Bukhari.Anwar Ibrahim.Najib Tun Razak.Tok Guru Nik Aziz.Lim Guan Eng dannnn...

tiba tiba kawan aku datang.dan kami stop sembang sebab idea dah habis.dan kawan aku suruh tulis dalam blog apa yang kami dah sembang.haha.and the most important is,kami semua akan cuba cari punca dari mana kami start sembang.dan cari punya cari rupanya start dari Khalid Ismath. ^^

ok.gtg. :)

Tuesday 13 March 2012

learn from drinking bottle

bismillah.

hari kemarin,botol air tumpah dlm beg aku.habis basah buku dgn beg aku.sampai sekarang buku tu x kering kering.aku belajaq dalam keadaan basah basah kot.tapi x pa la.belajaq perlu tetap diteruskan.

hari ni,aku nak g kelas nak bawak air.tapi,aku ni cepat trauma.aku takut botol tu t'bukak lg penutup dia.berdouble la basah buku aku nanti.tapi,tiba tiba idea bijak cerdak pandai datang.aku balut botol aku dengan plastik.seriusly nampak kesian keadaan aku.tapi x pa.demi buku aku sanggup mengesiankan diri aku.dan alhamdulillah hari ni botol aku x tumpah dah.tapi plastik tu dah b'air air.nak sabotaj aku la tu.

tiba tiba aku t'fikir sesuatu dengan apa yang jadi kat aku botol dan buku.[mcm autobiografi dh]
aku mengalami masalah.masalah aku adalah botol aku t'bukak penutup.tapi disebabkan aku rasa aku still nak guna botol tu,aku guna cara lain utk aku teruskan guna botol tu.ya la.x kan aku nak buang kot botol tu hanya disebabkan botol tu mcm tu.itu salah aku sbb careless.

aku cuba nak relate dengan masalah masalah di surrounding kita ni.manusia manusia sekarang termasuk lah aku lebih cepat suka untuk lari dari masalah daripada try to fix the problem and solve it together.cepat sangat putus asa dan mulakan sesuatu yang baru dan biarkan masalah yang lama tu x diselesaikan.sampai bila bro.sampai bila kita nak biarkan masalah masalah tu dok ligan[kejar] kita sebab kita x selesaikan dia.

apa yang aku nampak sekarang ni regarding the perpecahan la.bukan pecah perintah.tapi perpecahan di kalangan kita sendiri.kita nampak sesuatu masalah tu jadi depan mata kita.kita nampak sesuatu yang kita x suka depan mata kita.kita tahu itu masalah.kita tahu kalau kita sama sama selesaikan masalah tu,masalah tu akan hilang.tapi disebabkan ketidaksabaran kita,disebabkan ego kita,disebabkan kita rasa kita saja yang betul,kita biar ja masalah tu terus dengan masalah tu.kenapa kita x sama sama duduk berbincang dan selesaikan masalah tu bersama sama.x ka kita rasa kalau kita cuba untuk selesaikan masalah tu,there's gonna be a better future kelak?kita dapat advantage daripada solution yang kita cipta ramai ramai.macam kes botol aku ni la.aku cari punca untuk aku still gunakan botol aku tu dengan cara bagi dia pakai plastik.so,dengan solution yang aku buat tu telah menjimatkan duit aku daripada terbazir beli botol baru.

aku faham kefahaman kita memang lain lain.tapi x ka kita rasa kalau masing masing dari kita mempunyai kefahaman yang berlainan tapi asasnya adalah masih tertegak untuk Islam,kefahaman yang berbeza tu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik.cthnya,kefahaman aku adalah untuk nak masak kari kambing kena letak asam keping sikit.baru sedap.kefahaman org lain kata kalau nak masak kari kambing bg sedap kena letak serbuk jintan manis.aku dengan kawan aku x leh gaduh kata cara dia salah cara aku salah.tapi sebenarnya kami boleh sama sama fikirkan macam mana nak masukkan serbuk jintan dengan asam keping dengan kuantiti yang betul,dengan kualiti bahan yang baik untuk menghasilkan kari kambing yang power. * serius aku x tahu pun kena masuk apa dalam kari kambing.tu cth ja.

haa.macam tu la maksudnya.kefahaman yang berbeza tu dapat hasilkan output yang lebih baik if kita sama sama bincang dan selesaikan daripada kita simpan sorang sorang apa yang kita faham dan buat sorang sorang tanpa hiraukan orang lain.unless la kalau apa yang orang lain faham tu memang bercanggah dari apa yang Islam ajar,itu lain la.tapi realiti sekarang bila kita sama sama faham Islam,tapi kita sendiri yang nak bawak lari kefahaman kita tu jauh jauh dan faham sorang sorang.tak bes la macam tu.kita nak tengok Islam ni menang disebabkan kita sama sama perjuangkan.tapi bila kita sendiri yang x nak bergabung untuk nak juangkan agama kita sendiri,sapa lagi nak juangkan?

conclusionnya,kita kena duduk bersila bersimpuh sama sama.bincang sama sama.take action sama sama.achieve sama sama.gain victory sama sama.bukannya aku aku kau kau.aku nak menang dengan cara aku.kau nak menang dengan cara kau.bukan kah A+B tu lebih baik kalau jadi AB daripada A-B jadi ab saja.faham dak? AB tu huruf besar.ab tu huruf kecik.ada perkaitan ka?

ok.seriusly this is only my personal opinion.mungkin ada ja yang nak argue.it's up to you.pengajaran dari botol air. ^^

#org arab gaduh bawak pisau bagai.cuba selesaikan elok elok.x dak la sapa sapa nak cedera.aku yang tengok pun rasa nak nangis.

#tadi kena marah dengan pakcik kedai runcit sbb angkat roti dia letak bawah.sapa suruh ganggu aku nak beli eskrem.

#tengah belajaq pasai jantung sekarang.rasa impress dengan creation of Allah.rasa impress dengan valve dalam vessel :)

#gambaq x leh upload sebab laptop cari pasai.virus ka hapa.

#homework arab x siap lg.nanti ustazah hazinah lg.hazinah tu sedih.

got to go!







learn from drinking bottle

Thursday 8 March 2012

jadi slh itu baik plus melayu punya style!

bismillahirrahmanirrahim.
entry kali ni akan mengandungi ayat ayat yg akan mengcengkam jiwa i guess,yg akan membuatkan org yg memakan cili akan terasa pedasnya,akan membuka mulut orang orang utk kata amboi ayat,lasernya!haha.x tahu la ada ka dak.but,i'll try to control my emotions.sebabnya aku tengah menulis dalam keadaan yg sangat emosi.okay.let's proceed to "jadi slh itu baik"

orang selalu kata belajarlah dari kesilapan.dan aku rasa sentences tu mesti was created by someone yg pernah buat salah dan dia rasa,yup!dat's rite.memang kita kena belajar dari kesilapan utk menjadikan diri kita lebih baik.dan aku rasa org yg pernah buat salah dan dia dah berubah akan agree dengan sentences tu kan?sebab aku pun slh seorang yang mengalami tu.ok.intro boring sgt.proceed kepada isi.

KUPAS BAWANG PUN X RETI!
dulu time bila ntah,waktu aku sekolah menengah la,time tu aku tgh kupas bwang.ada sekali la umi dgn kak ngah.pastu kak ngah nampak aku kupas bawang dgn cara yang salah.maksudnya lebih kurang x dak style la.x nampak keperempuanan bila kupas bawang tu.pastu kak ngah kata,"apa kupas bawang mcm tu?nanti depan mak mertua malu ja.mai nak tunjuk!" tapi,aku ni perangai satu haru.bodoh sombong!aku rasa mcm x suka ja kalau org nak tunjuk ajar kt aku bnda baik.haha.tapi tu dulu okay?sekarang i dah matang yo! then,kak ngah dgn sifat kekakakan dia pun tunjuk la kt aku,tapi aku buat buat x tengok.sebab aku rasa meluat gila time tu kat dia.dia selalu b'letiaq.[b'leter]tapi,actually mata aku waktu curi curi tgk la jgk.haha.dah.tu ja la story nya.

dan sekarang,aku dah supersuperb dan superawesome bila kupas bawang hasil didikan kak ngah sampai sekarang.tu la yg dimaksudkan dgn belajar dari kesilapan.even benda remeh tu kan,tapi benda tu efek kot.betul jugak la kak ngah kata,nti depan mak mertua malu kot.x pasai2 kena perli depan kakak mak mertua ka,time tu mula nak masam muka.hanya disebabkan bawang seketul.got the point?

BARANG ORANG KOT!
ada satu lagi kes,yang ni sentap jiwa gak la.pernah la ada sekali tu aku dengan selambernya makan eskrem kawan aku dalam peti ais.mana la aku tau yang aku x leh nak initiate tu makan eskrem tu.haha.selamber gila aku makan macam aku punya.sekali bila dok tanya tanya pasai eskrem tu,rupa rupanya aku la yang makan paling banyak.sori la org b'kenaan. ;) gua lapar laaa.tapi lepas tu macam kena brainwash la jugak dengan member member ni.tapi aku x kisah pun sebenaqnya bila pkiaq[fikir] balik.sebab benda tu seriusly dah menyebabkan aku dah x buat perangai x senonoh tu lagi sampai sekarang.alhamdulillah :) harapnya kekal la noh.

tu la apa yg dikatakan belajar dari kesalahan.banyak ja lagi mistake mistake lain yang aku buat,tapi aku rasa 2 ni la paling menacingkan hati aku sampai sekarang.even aku mmg x suka org b'letiaq walaupun aku pun suka b'letiaq,tapi kdg2 leteran tu boleh mengubah seseorang tu m'jadi lbh baik dgn izin Allah. :)

ok.tajuk ke2 adalah melayu punya style!kenapa melayu?racist ka?x lah.sebab Islam x pernah ajar benda mcm ni.bukan la kata Parameswara yg ajar melayu jadi mcm ni.tapi sikap sikap orang melayu tu dah jadi mcm adat dari dulu sampa sekarang.macam cita Mahsuri tu.mati difitnah.yang ni gua tulis dengan b'emosi sikit la kot.

before that,yang ni x dak la aku nak blame sapa sapa sangat pun.aku pun pernah la buat gak benda benda alahan allergic macam ni.tapi ye la kan,kitew niew kenew lew selaluew menegur kalau adew salah tang manew manew kan.ni kiranya luahan hati plus dengan advice untuk diri sendiri dan orang ramai la esp maybe boleh cakap kot untuk insan yang berIC melayu dan bersyahadah Allah adalah tuhan kita :) insyaallah la sama sama kita improve diri kan.

DISRESPECT
apa yang aku selalu nampak dan perhati la kan,mostly daripada geng geng kita ni respek tu kurang la.aku x cakap la aku ni m'punyai sifat respek terhadap orang tu sangat hebat.kita sama ja kan?tapi ya la kan,kadang kadang tu panas la jugak hati bila tengok dalam certain keadaan yang mana waktu tu sifat respek kita tu sangat diperlukan tapi kita x apply sifat tu.cth yang paling aku rasa aku jelas nampak dan kecewa la bila tme orang cakap kat depan kita sembang punya main lebat kat belakang sampai satu haram apa pun orang cakap kat depan tu x dengaq langsung.pehal ni weh?kalau x nak dengaq pun,at least respek la orang orang yg b'sedia nak pinjamkan telinga ni utk dengaq.serius yang ni gua memang rasa macam blood pressure dah above 120/80 mmHg ja.boleh tachycardia aku weh!bukan apa.kadang kadang aku rasa kesian sangat tengok orang yg kat depan cakap bagai nak rak,tapi kita buat dek ja.ish.common sense aku x leh terima la benda ni.yes.aku pun pernah gak buat perangai x senonoh macam tu.tapi,sometimes tu kita try la berubah sikit.sampai bila nak buat perangai mcm tu.orang yg b'cakap tu nak bg info,nak bg ilmu,kita rasa macam malas nak dengaq.fine la.nak sembang sgt keluaq la dewan.x yah nak bisingkan keadaan yang tenang tu.x tahu la nak cakap mcm mana.develop la step by step common sense dalam diri tu.kita hidup masyarakat bro.hormat people surrounding you and they'll respect you much more better la.insyaallah.aku rasa kecewa la dgn perangai mcm ni.malu la kat orang yg bukan b'agama Islam.kita kena tunjuk akhlak baik.aku sayang bangsa aku.aku sayang agama aku. T____T

dan aku jugak cukup x b'kenan[b'minat] dengan perangai masyarakat yang suka tinggalkan majlis sebelum habis program.ini lagi dasyat la.i guess.dah alang alang ko datang majlis tu,kenapa x alang alang kan diri habiskan terus majlis tu.baca tasbih kafarah sekali.baru dapat keberkatan majlis.unless la kalau yg ada hal kan.x kisah la.tapi...ish.x tahu la nak cakap mcm mana.kita datang majlis,kita raikan majlis,kita buat la dengan sungguh2.kecik hati orang yg urus majlis tu kalau majlis tu x dihabiskan b'sama sama.hormat la weh.aku tau hati remaja kita ni memang sometimes nak kan publisiti,nak kan freedom,nak kan lifestyle as teens,tapi ye la.jiwa remaja ni kena didik dengan rotan bukan dengan roti yang disapu jem cokelet nussa.ya.memang bukan senang.dan aku sendiri pun x berjaya nak rotan lagi jiwa ni.dok bagi makan roti ja selalu.tapi apa2 pun,kita cuba la der.kawen nak.tapi nak didik jiwa remaja supaya jadi lebih meced x nak pulak.jom la jadi ketua untuk diri kita dulu,baru siap sedia jadi ketua untuk orang lain.insyaallah kita mampu :) apa apa hal pun setiap tindakan mesti didahului dengan berfikir.

tapi tu la satu masalah lagi yang timbul.kenapa Allah bagi kita semua common sense.sebab nak suruh kita pakai.cthnya la kan,macam kes kalau orang dah bising bising dalam dewan setelah beberapa jam tahan mulut nak sembang,pastu ada plak yang nak cakap lg.mesti la jiwa m'berontak jugak.sapa dapat tahan lama lama.ayaq semayang pun boleh t'batal. :p
so,org yg nak ckp tu pun,consider la keadaan waktu tu sama.dah nampak semua org mcm dah penat,cakap ringkas dan padat dan la.mcm burger welatain tu.ringkas ja penyediaan tapi padat dengan isi.org pun kenyang.ni dakk.dia nak cakap jugak lama lama.nak bebel sana bebel sini.orang pun fed up gak.time tu la guna common sense. :)

MURAI DOT COM
aku dulu dan sekarang memang orang yang kaki gosip pun.tapi x pernah la bukak pulak murai dot com ka beatifulnara ka.setakat gosip gosip lapuk dan fresh ni ja.dan aku rasa baru aku faham perasaan orang yang digosipkan tu.okay la.tukaq term gosip dengan b'cerita.orang selalu kata,apa apa maklumat pun kita jangan dengaq satu pihak.dengaq 2 2 pihak.macam baca paper la.jangan baca utusan dengan berita harian ja,pastu terima bulat2.baca harakah dengan keadilan sama.pastu buat timbang tara mcm timbang bola tu.compare yg mana betul yg mana salah.pastu baru buat kesimpulan.ni dak.dengaq satu pihak,pastu terus buat kesimpulan.x sedap la mcm tu.

bila ada kesalahan,mesti ada sebabnya kan.mcm kalau buat ayaq teh ais x manis la.sebab pa.sebab gula x cukup.sebab pa gula x cukup.maybe sebab kedai x bukak lg,x leh nak beli.dan jawapan jawapan lain di sebalik kenapa teh ais tu x manis.ye dop?macam tu la kesalahan manusia jugak.kita x kaji sebab pa orang tu buat salah.kita terus nak menghukum.terus nak spread kan cerita.cuba kita selidik dulu.cari punca.cari akar umbi.mana tau kot kot jumpak.aku faham ja.procedure nak cari punca tu mmg lama,tapi ya la.sebelum kita nak spread apa apa kat org,pastikan dulu kesahihan berita tu.confirm dengan pihak berkenaan.baru x timbul kes masam masam muka.baru x timbul apa apa yang menyebabkan fitnah.manusia kena bijak.Allah kurniakan akal.guna akal untuk bertindak dengan rasional.semua manusia ada rasionaliti sendiri.x kan ada manusia yang nak bertindak sesuka hati tanpa guna common sense dia.again common sense.guna logik akal.even orang gila pun guna rasionaliti yang paling maksimum yang dia ada,ni apatah lagi kta yang normal.

sifat insan insan macam ni akan merosakkan masyarakat.serius la.tgk cerita mami jarum dah.bukti kot.bila pakat dok bawak mulut sana sini,last last mula la gaduh.punca dia bila dengaq satu pihak ja.aku pun sama ja.selalu gak bawak cerita sana sini.canang tu canang ni.tapi tu la.harap harap bila aku sendiri yang tulis benda ni,at least aku harap aku pun dapat ubah la sedikit sebanyak.kalau kata x mau cari punca masalah pun,x pa la.dok diam ja.tau sorang sorang dah.x payah nak sibuk sibuk dok pi cerita kat org lain.nth betoi ka dak pun x tau kan.baik senyap.x kisah la da artis ka,dia ulama ka,dia GRO ka dia apa ka,yang pentng dia tetap manusia.dia tetap hamba Allah.cerita buruk pasai orang tanpa kesahihan tu kan buruk sikap tu.

tu la.rasa macam dah panjang sangat pulak.apa apa pun,apa yang aku tulis ni kena jugak batang hidung aku.bukan batang hidung hampa ja.kita sama sama la ubah :) kita ada maruah sebagai orang Islam,sebagai org melayu,sebagai orang Malaysia.kita jaga la maruah kita.jadi la diri sendiri macam mana pun,yang penting maruah tetap jaga.cakap pasai jadi diri sendiri,aku nak cakap la yang sebenaqnya kebisingan,kekecohan,kepekatan kekedahan kekekeke tu adalah sifat aku yg mmg x pernah berubah dari kecik lagi.aku x b'niat utk nak b'ubah jadi pendiam seperti ikan dalam kolam,lemah lembut seperti sotong,tukaq loghat kedah jadi bahasa KL.tapi aku m'cuba utk menjadi diri yang terbaik yang masih berlandaskan batas batas Islam. :)
sekian.
p/s # ayat ayat di atas x cukup pedas.
#maaf kalau mesej x sampai.
#aku jugak melakukan kesilapan dan kesalahan.aku menegur bukanlah bererti aku perfect walaupun aku prefect kat sekolah dulu.tapi aku hanya share.
#maaf kalau ada sapa termakan kibdah[hati] ka.walaupun ada niat kecil kat hati aku ni utk bg ada yang terasa dengan teguran ni.
#doakan Syria,Palestin,Mesir,Islam di Patani,Malaysia herself dan umat Islam seluruh dunia :)