Saturday, 18 February 2012

kehilangan.bertemu di syurga

dari dulu sampai la sekarang ni,hobi aku adalah menghilangkan semua barang yg aku ada.memang la habit ni sampai sekarang x hilang2.bukan aku meminta dilahirkan begini,cuma keadaan yg menyebabkan aku jadi begini.penah dulu sekali,ada pemadam yang aku guna dari form bila ntah sampai form bila nth,tahan lama la jugak pemadam tu.last2 hilang gak.ingatkan yg tu la benda yg boleh tahan lama.

ok.point entry ni nak habaq yg jam aku hilangggg!! T_____________________________T
x tau la hilang ka misplace.serius x keruan nak cari kat mana.jam tu jam mak lang ngan pak lang bagi as hadiah aku mai mesir.so,sekarang dah hilang,apa yang aku nak pakai? :'(
dulu umi pernah kata yang dia x mau beli jam kat aku dah sebab selalu sgt rosak la,apa la.hadoiii..~
sekarang ni pakai jam henset ja.nak buat exam pon guna jam henset ja.sadis sungguh la.
sapa nampak jam aku bagi la balik.aku x dak jam nak pokai niii...

ouh.kawan2 aku selalu kata,"hg ni widad.nti kalau laki hilang pun x prasan." eh.rasanya mcm lain ja ayat. "hg ni widad.nti laki ngan anak pun t'tinggai tym pi shoping."
lebih kurang macam ni la ayat depa.aku xtau la benda tu akan jadi kenyataan ka dak.sebab aku ni memang mengalami masalah selalu menghilangkan barang.tapi suami dengan anak bukan barang okay?so,x hilang la kot.

dulu time sekolah2,kak long buat lilit nama kat pen ngan pensel.konon2 x mau bagi hilang.aku pun pernah la try.tapi efek dia sama ja.hilang jugak.dalam hidup aku ada beberapa benda yang hilang dan aku sangatttt sayang depa2 tu.aku pernah hilang pencil box sebuah tu sebab tinggal kat sekolah.dalam tu ada pen yg aku sayang sgt.pen MIKO nama dia.aku pernah hilang rantai kawan aku bg.sampai sekarang aku x jumpa.tapi aku x habaq kat kawan aku aku hilangkan.huahuahua.dan ada lagi la benda yang selalu sangat hilang.nasib baik spongebob aku sampai sekarang x hilang.kalau hilang la yang tu......

ok.masuk bab kehilangan ni,aku dah mengalami kehilangan insan insan yang sangat aku sayang dalam hidup.tapi alhamdulillah aku mampu kuat lagi sebab Allah tau ujian Dia x akan diberi kepada hamba hamba yang x mampu.aku dah kehilangan tok ayah dengan mak tok.dua dua belah umi.kehilangan arwah arwah ni bukanlah depan mata aku,bukanlah dalam dakapan aku,bukan lah dalam ciuman aku.aku hilang depa time aku x dak dengan depa.

tok ayah meninggal waktu aku tengah SPM.hari ada exam math.keluar2 dewan exam,nama aku kena announce.ok.x rasa cuak lagi waktu tu.pengetua yang buat announce.tapi time tu aku x jelas sangat nama aku kena panggil.pastu cikgu bio aku panggil dia kata ustaz ya [pengetua] panggil.cikgu aku dah buat hint mcm aku nak kena marah dah.haha.aku budak baik okay.pengawas kot ^^ aku masuk bilik dia.dia tanya exam macam mana.aku kata alhamdulillah la.then dia kata ada berita mendukacitakan.aku dah boleh agak dah sebab instinct aku kdg2 betoi.dia kata tok wan[tok ayah] dah meninggal.ok.aku kata "ustaz melawak ka ni?" aku sempat berjenaka.x jenaka pun.aku saja nak buat drama macam dalam tv tu bila ada org meninggal kan depa kata "awak melawak ke ni?" x sangka aku cakap gak benda mcm tu.pastu ustaz kata kawan baik umi aku yg call.bukan umi yg kol sebab umi xmau ganggu exam aku.

pastu aku call umi guna henset ustaz.umi dah suara lain.macam baru nangis.aku tanya "umi,tok ayah meninggal ka?" umi tanya "sapa habaq?" eh.tapi umi dah boleh agak sapa yg gitau aku.aku kata aku nak balik jugak.tapi umi kata aku exam.aku kata aku nak balik jugak.tapi masalahnya x dak sapa nak amik aku kat sekolah.semua org kalut dok urus jenazah.kalau boleh amik pun maybe lambat sikit.aku kata x pa.aku nak balik jugak.pastu aku balik dorm.aku nangis kot.ntah la.x ingat la aku nangis ka dak.aku balik baca yasin.aku baca tu memang dah sangat sangat sedih la.umi kata nanti ada sedara aku yang dok kat baling tu boleh amik aku.time dok baca yasin tu aku dah t'bayang bayang muka tok ayah.aku sedih.sebab tok ayah masuk hospital pun aku x pi tengok sebab aku kat sekolah.aku nak amik SPM.aku x balik kampung.tapi aku tau tok ayah sakit.tok ayah bukan sakit biasa.doktor kata tok ayah ada Alzheimer.x pa.pasai penyakit tok ayah nanti aku story.[klu ada org baca] aku sangat sangat sedih.

aku sayang tok ayah sangat sangat.sebab tok ayah garang.sebab aku pernah jaga tok ayah masa dia sakit.aku tidur tidur ayam malam tu sebab ank jaga dia.sebab dia selalu bangun malam kencing.dia x leh jalan tanpa dipimpin.tapi tok ayah x kurus.tok ayah sihat lagi.aku sampai kubur tok ayah dah petang sgt.dengan baju prep maroon nya aku pakai,sampai sampai aku x jumpa pulak umi kat mana.aku call umi.umi kata dia dok kt dalam sikit.aku x jumpa.semua org dh tengok aku pelik.budak mana dok nganga2 ni.hey!aku cucu ustaz bakar okay?!jumpa jumpa ja umi,umi terus peluk aku.aku nangis.sebab apa aku pun x tau.maybe sebab umi nangis kot.tapi yang pastinya talkin semua dah habis baca dah.tok ayah dah kena tanam.aku x sempat nak tengok dia buat kali terakhir.aku x leh tgk dia dah pasni.aku tunggu dia kat syurga ja nanti.serius.aku xleh korek dah kubur dia.aku hanya boleh doa.sedekah doa utk dia.semoga tok ayah tenang di sana.al fatihah buat tok ayah.ustaz Abu Bakar bin Haji Awang. :')

ada satu masa tu,rumah aku buat makan makan gathering sanak saudara.tiba tiba sepupu yang kecik umur dalam 3 tahun kot time tu,dia kata mcm ni "tu tok ayah.tok ayah.tok ayah."
aku yang penakut ni sangat lah cuak.sebab org kata budak budak kan boleh nampak.tok ayah datang melawat kami ka?kat rumah aku tu.aku memang cuak waktu tu.mungkin.mungkin boleh jadi tok ayah mai melawat tengok anak anak cucu dia kat umah kan.x mustahil kan? :)
#aku tetap cuak.

raya tahun lepas,aku pergi kubur tok ayah.dah nak dekat maghrib dah.sampai sampai dekat kubur,kami semua EXCEPT kak ngah bau sesuatu yg wangi kat kubur tu. :') alhamdulillah.mungkin bau dari kubur tok ayah.ini bukan mitos.ini bukan dongeng.tapi ini sangat sangat benar.aku x tau sebab pa kak ngah x bau.ada masalah dengan olfactory cell dy kot.haha.sian hg kak ngah.x pa la.lain kali la.pastu time dh balik,abah kata "tok ayah tengah tunggu kita pa.sebab tu bau wangi."

ok.the end...kisah mak tok entry lain.ini lagi sedih. T__T
#mcm seram x tok ayah tunggu kami.ka t'haru?

aku jumpa gambaq ni dlm google.ya.itu tok ayah yg sangat aku sayang.yg jaga aku dari kecik.dan aku insyaallah akan jumpa dia kt syurga nanti :)

Thursday, 16 February 2012

gelak bodoh

aku x tau la kalau sekarang ni kita dah kena tambah atau pun tukar peribahasa baru daripada bodoh sombong atau pun pandai sombong.sebab manusia sekarang ni bukannya time dia bodoh ja dia sombong,tapi bila pandai lagi sombong. #sungguh kasar bodoh itu T_______________T

ok.manusia ni kan sesetengahnya la,kalau diri dia serba tahu apa yang manusia2 bodoh ini tidak tahu,begitu cepatlah mereka meletakkan keyakinan bahawa manusia2 bodoh itu tetaplah bodoh.huh.bukan apa encik encik dan cik cik sekalian.bukan semua manusia dalam dunia ni tau serba serbi.ada yang bodohian ni tau apa yang pandaian ni x tahu kan?sebab tu la dalam dunia ni kena ada 2 jenis makhluk yg b'beza intelektualnya.jangan lah nak gelak gelak kan org yang kurang tahu ni kalau dia x tahu.kecik hati dia tau.

ok.actually kan.kadang2 kita x perasaan pun bila kita tanya apa2 kat orang pandai ni disebabkan kebodohan kita ni,kita tanya la nak mnx pendapat ka,mnx tolong ka,kdg2 pandai2 ni tergelak kecil [hikhik] kt kita.aku x tau la apa yang diamksudkan dengan gelak kecik tu.apatah lagu gelak besar mcm [hahahahhuhuhuhohohohkuangkuangkuangwakakakaka] ni kan.ni perli ka nak main kasar ni.ka mmg x belajar gelak sopan2 sikit.boleh hitam hati kalau selalu dok selalu gelak besar kt org naa.serius?

seriusly gua cakap la.walaupun pandai2 ni x dak niat pun nak t'gelak kan,tapi bg bodohian mcm AKU ni,memanglah sangat terasa kalau gelak itu ada b'bau sindiran atau pun kepandang rendahan.bau ok bukan baur.yup.aku tau.pandai2 ni x dak niat pun.serius.tapi nth la.bila manusia tu dia nak mnx tlg,atau tumpang tanya,kadang kadang tu bukannya dia x nak tanya,tapi disebabkan certain masyarakat dalam komuniti yang kadang kadang cepat sangat nak pandang pandang jenguk jenguk rendah kt org org x berapa nak pandai ni menyebabkan orang yang x pandai ni segan dan blushing nak g tanya.sebab nanti dia kena gelak.sedih baq ang!

ya.memang mana kita tau hobi orang tu memang suka gelak kan,so dia sampai t'bawak2 klu ada org nak tanya pa2 pun dia gelak.kesiannnn.tapi tu la kan,kita ni memang kadang2 x sedar kan yang kita memang ada kecewakan hati org dengan gaya dan aksi kita.ya lah.sebab tu la kita kena la learn how to accept everybody in the world.tapi orang yang nak learn nak accept manusia ni pun,mesti lah orang lain kena learn utk accept dia jugak kan.pokok pangakalnya akar umbinya,masing masing dan sama sama kena belajar menerima dan diterima la.serius weh.jangan la kita nak belagak sombong nak suruh orang ja terima kita tapi kita x nak pulak terima orang lain.masing masing kena main perana la.

ok.aku memang suka cakap ok.kalau present assingment,x t'kira depa ngan ok aku.nasib baik x dk markah tambahan.kesimpulannya la kan,apa2 pun yang kita nak b'tinadak dalam dunia ni,kena fikir 100 200 kali la.kita kan hidup dalam komuniti.komuniti macam macam perangai ada.so,x cool la bro kalau nak kena ikut hati kata lu ja kan? gua pun ada matlamat.
aku xtau la ada ka dak yang akan baca post ni.sebab selalu follower yang tegar nazihah amin ja.kang dia ja yang faham apa yang aku nak cakap ni.tuuu..kat luar2 sana tu yang still x perasan ka,yang kat dalam ni pun sama la [aku la.] jom la weh.kita pakat2 la jaga hati masing masing naa.memang la hati tu hak kita,tapi hak prang lain pun kita consider la sama naa. peace ^^v

VS

Monday, 13 February 2012

exam susah :/

exam susah ka aku yg x baca buku ka aku yg baca x igt ka Allah saja nak uji aku dulu? :/
serius depress sgt2 bila x dpt jawab soalan td. T_T
hilang mood semua.urus nak p Turki pun longlai ja.Teman syima beli baju pun lemah lutuit.Pretend to laugh padahai hati tgh m'calar2.hmm.Aku tau aku x leh depress,x leh mengeluh,x leh salahkan takdir,x leh buat apa2 pun.Tapi,aku hanya boleh b'doa dan terus b'doa dan terus redha dgn ujian Allah ni.

SEBELUM EXAM

revise2 dulu yang mana agak2 nak masuk exam.perghh! waktu tu serius rasa study mmg sbb nak exam betul lah.mmg sure lah yg apa yg aku baca tu short term memory punya lah! reverbeting circuit aku dok giat time tu ja. x_x rasa terukkkk sgtttt bila buat perangai cmtu. :'(
waktu tu baca dgn harapan masuk la soalan tu dlm exam.tp serius aku punya prediction selalu x tepat.huahuahua!lepas tu dok pi canang2 kat org pulak kata mengikut instinct yg bajet2 macam kuat yg soalan tu nak keluar.sekali xdak satu pun kluaq.xpa2.x leh jadi perangka ekonomi la mcm ni.nanti habis ekonomi msia jatuh sebab predictionx tepat.

CLOSE YOUR BOOKS
waktu ni dah cuak sgt dh! aduhh..akak tu dah suruh close books dah.xpa.redha ja la. -.-
dah la drug untuk bacteria x revise balik lagi.mmg x tau nak kata apa la.

BUKAK SOALAN
soalan 1 dh kantoi.soalan 2 kantoi lg. T_T
sebab apa kantoi widad?? sebab x ingat...! sebab keliru!
okay.sabaq2.alhamdulillah soalan 3 dah x kantoi.
dan next2 nya yang banyakkkkkkkk sgt aku kantoi ! :'(

........... ************........

aku b'tawassul kt Allah.aku mintak supaya Allah kembalikan apa yg aku dah hafal,dah belajaq tu kat aku.aku sgt2 b'harap.aku nak nangis.tp air mata x keluar.x keluaq maybe sebab aku x b'sungguh2 mintak. T_T serius aku rasa sangat sombong bila jawab exam.rasa mcm kita power sgt bila dpt jawab semua.bila dapat recall semua apa yg dh baca dengan baik.ok.maybe sebab tu Allah x bg lagi jawapan tu utk aku.setiap kali exam mesti benda2 mcm ni mai.rasa dah power habis bila dapat jawab semua soalan.ini bahaya.serius bahaya! kita ralit sgt dgn nikmat Allah tu. kita lupa yg Allah yg bg arahan kat frontal lobe kita utk memorize balik semua tu.kita leka.kita dah jadi firaun kecil.kita dah riak.kita dah ujub.kita lupa.kita lupa.kita lupa.kita igt nak mnx kt Allah bila kita x leh jawab soalan ja.tp bila kita dpt jawab kita rasa yg tu adalah disebabkan diri ita sendiri.kita lupa nikmat Allah. T_T

bila kita b'tawassul tapi Allah still x bagi,jangan sedih.Allah x nak bg lagi la tu kan.hmm.saya tgh sedih sekarang.sedih amat sangat.sebab lagi depress kan kalau bnda yg kita dh baca tp still xigt compare dgn bnda yg kita x baca dan xigt.mcm CNS hari tu.ok.itu lg teruk. -.-''

ntah.rasanya mcm nak tulis benda lain.tp t'taip lain pulak.ada mslh dgn wernicke's area ni.[betoi ka?]

ok.still kena doa.dan doa.dan doa.dan redha.dan redha.dan redha.dan jgn sombong.dan jangan sombong.dan jgn sombong.

ada satu ayat dlm Quran yg sgt t'kena batang hidung.

"sekali-kali tidak!sesungguhnya manusia itu benar benar melampaui batas.apabila melihat dirinya serba cukup.sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembalimu." [6,7,8 surah al-'alaq.page 597]
Allah tau yg kita ni sombong.yg kita bajet pandai.bajet power.bajet segala2nya.rasa malu.rasa segan.rasa takut.rasa betul apa yg Allah ckp. :'(


Wednesday, 8 February 2012

kawan baru :)

saya dapat kawan baru :) saya x tahu kawan ni sesuai ka x dgn saya.but,for me kawan saya ni special sikit.hope so :) feel free now :) serious! rasa macam hilang bebanan yg dipikul selama ni :) itu lah pentingnya explanation :) salah dak kalau saya nak kata saya sayang kawan baru saya :)

#ok.merapu sgt ney.xdak point.